Monday, April 5, 2010

UITM di-hatiku

UiTM Di Hatiku

Falsafah UiTM

Kepercayaan bahawa Individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan

ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan

membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.

Visi UiTM

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik

bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir

graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi UiTM

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian

program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada

nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Objektif UiTM

Menyediakan peluang maksimum kepada kaum Bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf

profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.

Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran

dan pelanggan di samping mendokong dasar pembangunan negara.

Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai

di kalangan masyarakat UiTM.

Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran gunatenaga manusia tempatan,

malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global.

Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang menjamin pengurusan sumber manusia,

kewangan dan harta benda yang berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat pendidikan

UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.

No comments:

Post a Comment