Monday, April 5, 2010

Definisi dan Konsep Rekreasi

Memahami makna asas rekreasi membantu komunikasi yang konsisnten di kalangan peserta, pendidik, penganjur acara dan para profesional. Tujuan utama penglibatan seseorang dalam aktiviti rekreasi adalah untuk turut serta, rasa seronok, bersosial dan mengisi masa lapang. Namun, rekreasi sebenarnya adalah sub-set kepada leisure. Leisure adalah konsep utama yang memayung istilah rekreasi dan aktiviti masa lapang yang lain termasuk sukan.

Leisure

Leisure berasal daripada kata Latin, licere yang bermaksud ‘bebas’. Ia kadangkala dikaitkan dengan bahasa Peranchis, loisir bermaksud ‘diizinkan’ Pendekatan klasik menjelaskan makna leisure ialah bebas daripada kontek masa, bebas memilih aktiviti dan tiada unsur paksaan.

Tiga konsep utama bagaimana pengkaji-pengkaji menterjemahkan makna leisure ialah leisure sebagai ‘masa lapang’ ; ‘satu aktiviti’ ; atau ‘keadaan dalam fikiran’. Mengikut Torkildsen (1994) , leisure itu tidak terikat dengan masa dan tidak semestinya bertentangan dengan kerja. Ia menegaskan jika sesuatu perkerjaan itu menyeronokkan (seperti bermain bola, bermain muzik, ataupun ‘mencuri’),maka ianya leisure. Dari satu perspektif, keadaan ini boleh membawa mudarat jika seseorang itu terlalu asyik, khayal, terlampau seronok atau terlalu lama melayan kehendak fikirannya.

Antara aktiviti leisure yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Murphy (1974) dan Neulinger (1974) sependapat mengatakan leisure itu sebagai kebebasan memilih dan bersifat motivasi diri. Dumazedier (1967) dan Kraus (1998) pula mengatakan bahawa leisure itu sebagai suatu aktivti, samada aktif mahupun pasif.Di Malaysia, konsep ini dirujuk sebagai ‘aktiviti masa lapang’. Kajian sejarah Malaysia turut menjelaskan masyarakat Negara ini memahami leisure sebagai aktiviti masa lapang. Sekarang, kita perhatikan penduduk Negara ini banyak menghabiskan masa lapang dengan melancong, balik kampong, shopping, bersiar-siar, menonton, ‘lepak’ di kedai mamak, memancing, main bola petang-petang, jogging dan beraktiviti di pusat kecergasan. Tidak terkecuali ada yang menghabiskan masa lapang dengan aktiviti negative (dari pandangan masyarakat) seperti lumba motor haram,bermain mesin kuda,menonton filem lucah dan berpeleseran /lepak terlalu lama di shooping malls

Apakah bezanya leisure berbanding rekreasi? Ternyata leisure merupakan konsep ‘payung ‘ yang merangkumi rekreasi, pelancongan, kebudayaan, dan sukan. Apakah asal usul kata rekreasi dan dimanakah kedudukan rekreasi dari perspektif aktiviti masa lapang?

Rekreasi

Istilah rekreasi berasal dari kata Latin recreation yang bermaksud restoration / recovery. Menurut Kelly (1982):

Recreation is restorative, providing refreshment or re-creation, not only for work but also for other social (familial, political, etc) activities. Recreation contains the consepts of restoration of wholeness of mind, spirit and body.

Mohd Salleh Aman(2004) mendefinisikan rekreasi sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif). Rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja. Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusunatur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti – maka ia dilakukan ‘demi’ penyertaan dan keseronokan.Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan.

Ternyata aktiviti rekreasi bukan semata-mata aktiviti fizikan seperti sukan bola sepak, tenis dan seumpamanya. Ia tidak terikat kepada aktiviti luar yang berasaskan alam sekitar sehaja. Ia meliputi aktiviti masa lapang yang pasif seperti jalan-jalan, makan-makan, menonton pertandingan sukan, persembahan nyanyian, wayang dan TV. Ia juga merangkumi atau duduk-duduk sahaja (do nothing). Ia turut meliputi aktiviti kebudayaan masyarakat setempat seperti karnival flora dan fauna, perarakan kereta berhias; ia melibatkan aktiviti social seperti hari keluarga, sukaneka, rumah terbuka dan majlis makan malam. Selagi acara dan aktiviti-aktiviti masa lapang ini dilakukan atas pilihan sendiri, membina diri, memiliki nilai-nilai positif, maka ianya adalah aktiviti rekreasi. Yang membezakan rekreasi dengan leisure ialah rekreasi tidak melibatkan aktiviti masa lapang yang membawa kesan negative kepada diri, keluarga dan masyarakat.





Sejarah Awal Rekreasi di Malaysia


Jika aktiviti rekreasi difahami sebagai aktiviti masa lapang yang merehatkan dan membina, makaianya telah wujud sejak awal kependudukan masyarakat Melayu lama di negara ini. Profesor Diraja Ungku Aziz (Temubual, 2001) menerangkan:

Orang Melayu tinggal di tepi-tepi sungai. Mereka tidak tinggal di hutan, orang Sakai tinggal di hutan. Mereka dibesarkan dengan pandai berenang. Mereka juga berlayar menyusur persisiran pantai. Tetapi sekarang berbeza, semakin ramai orang Melayu yang lemas.

Nordin Selat (1976) pula memetik penulisan Swettenham, F.A (1948) yang menyatakan:

“.....free time activities among the Malay Adminitrative Middle Class are include hunting, sailing along coasline, horse and elephant riding, cock fighting, sepak raga and kite flying”.



Mengikut sejarah, masyarakat Melayu adalah pedagang dan pelayar antarabangsa. Sejak 3000 tahun sebelum Masihi, mereka berlayar ke arah barat sehingga Madagascar, Africa Selatan dan ke arah timur sehingga Easter Island dan kepulauan Hawaii (Nik Hassan Shuhaimi) 1998: 76). Petempatan awal sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka juga telah dikesan di Lembah Bujang, utara Semenanjung. Kajian sosiology menyatakan kehidupan masyarakat awal ketika itu dicorakkan oleh aktiviti penanaman padi. Semasa musim menuai , penduduk kampung mengadakan pesta meraikan hasil yang diperolehi. Mereka mengadakan kenduri, bermain layang-layang, sepakraga bulatan dan gasing. Ini adalah aktiviti masa lapang masyarkat Melayu di Semenanjung, juga bumiputera Sabah, Sarawak dan penduduk Brunei. Jangkamasa beraktiviti ini dipanggil ‘senggang’ ( a gap; time in between). Dari kata asal senggang terbit kata kesenggangan yang bermaksud aktiviti masa lapang (Leisure)

Penjajahan telah mengubah corak aktiviti masa lapang dan rekreasi masyarakat Malaysia. Portugis (1511-1641) meninggalkan beberapa kesan bahasa dan budaya tarian di Melaka. Bagaimanapun pengaruh budaya Belanda (1641-1824) kurang setara, Cuma ada tinggalan bangunan lama. Penjajahan Inggeris (bermula1824 di Singapura, 1874 di Perak telah memperkenalkan banyak sukan moden seperti tenis, bola sepak, kriket dan sepertinya. Sukan-sukan moden juga dibawa dan dikembangkan oleh kaum imigran Cina dan India pada masa itu. Pada awal tahun 1950an, persatuan-persatuan sukan Malaya mula bergabung di bawah naungan Federation of Malayan Olympic Council. Pada tahun 1987, Kementerian Belia dan Sukan dipertanggungjawabkan menyelaraskan pembangunan sektor sukan dan rekreasi di Malaysia.

Maklumat sejarah awal dan perkembangannya di atas menjelaskan kepada kita bahawa konsep rekreasi telah wujud di Malaysia sejak zaman Melayu awal. Skop kefahaman masyarakat Malaysia terhadap rekreasi ialah dari perspektif ‘masa lapang’ (bukan satisfaction atau state of mind). Didapati pengaruh sukan moden telah menenggelamkan konsep rekreasi sebagai satu daripada komponen sosial yang penting. Sukan tradisional seperti layang-layang, gasing dan sepakraga telah di ‘elit’kan. Ia akhirnya tidak menjadi kebiasaan masyarakat- maksudnya tidak menjadi budaya masyarkat – tetapi hanya sebagai aktiviti pertandingan oleh sekumpulan kecil peserta yang berkemahiran tinggi dan ditonton oleh yang lain. Kepada bakal pengurus rekreasi, latar belakang sejarah di atas tentu, sekali membantu kita melihat perbezaan dan persamaan istilah leisure, rekreasi dan sukan, seterusnya memberi garis panduan kepada kita membuat program peranacangan rekreasi, menentukan polisi dan menyelaraskan program dan aktiviti rekreasi.

Prinsip Asas Ikhtiar Hidup

Ilmu ikhtiar hidup didalam hutan ini amat luas. Kita tidak boleh belajar ilmu ini dengan hanya membaca buku. Ianya memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak. Oleh kerana itu saya akan hanya menceritakan tentang prinsip-prinsip asasnya sahaja. Dengan masa yang sama saya akan mencadangkan satu bungkusan yang harus kita bawa bersama semasa kita setiap masa kita memasuki hutan. Saya juga akan menceritakan cara-cara kita mencari makanan dari tumbuhan-tumbuhan liar dengan mempelajari cara membuat ujian makan terhadap tumbuhan yang kita tidak kenali. Saya juga ingin memperkenalkan disini beberapa adapt dan pantang larang kaum Orang-Orang Asli sekiranya kita bertembung dan berkomunikasi dengan mereka di hutan.


Dalam bab makanan ini kita boleh membahaginya kepada dua. Pertama mencari makanan dan kedua mencari air. Makanan boleh didapati dari tumbuhan, serangga, binatang, siput dan juga dari ikan. Mencari air didalam hutan juga memerlukan kemahiran kerana pencemaran dan boleh membawa penyakit jikan tidak tahu cara yang betul.

Untuk menakap binatang kita juga mesti tahu membuat jerat dan perangkap. Ini juga memerlukan ilmu dan kemahiran. Binatang sekecil-kecil burung dan tupai hinggalah sebesar rusa dan seladng.

Ilmu medan seperti pergerakan dan panduarah dalam hutan, membuat danau atau pondok, senjata, mata pancing, menyalakan api tanpa mancis, membuat tali dari akar dan juga kulit kayu, mengenal tumbuhan untuk ubatan, racun, dan makanan adalah di antara ilmu yang harus di pelajari untuk terus hidup apabila kita terpisah dari termadun manusia.

Berikut adalah perkara asas yang setiap Pengakap harus mengetahui dari segi berikhtiar hidup didalam hutan.



PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN

Adakalanya, seseorang pengakap atau sekumpulan pengakap menghadapi dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa megembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang Pengakap atau Kumpulan Pengakap itu sesat latihan semasa membuat latihan mejelajah atau exipedisi dalam hutan.

Dalam keadaan sebegini, seseorang Pengakap yang terlatih harus tahu bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.

Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu tidak mungkin akan terjadi pada diri kita – kita kata ianya hanya akan terjadi pada orang lain. Cuba Tanya orang yang mendapat kemalangan kereta – adakah pernah mereka terfikir yang ianya akan terjadi pada mereka? Kebanyakkan akan kata ianya akan berlaku pada orang lain dan tidak terfikir yang ianya akan berlaku kepadanya. Kita perlu sedar, keperluan untuk berikhtiar hidup didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa pengembaraan mungkin akan berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah SENTIASA BERSEDIA untuk menghadapinya. Anda boleh bersedia untuknya dengan menyedari tentang masaalah mental yang perlu diatasi, dengan memahami undang asas untuk berikhtiar hidup, dan setiasa membawa kit ikhtiar hidup semasa membuat latihan di pedalaman hutan, atau semasa menaiki pesawat terbang atau kapal di laut.

KETAKUTAN

Antara kebanyakkan kepayahan-kepayahan yang anda akan hadapi, perasaan takut adalah halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila keadaan yang mencemaskan itu telah menjadi normal. Ada berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi perasaan takut ini. Ketakutan yang paling penting adalah seperti berikut:


Takut terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui,
Takut disebabkan ketidak selesaan,
Takut disebabkan kelemahan diri sendiri.

Ketakutan terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui boleh diatasi dengan mudah anda ikuti latihan ikhtiar hidup dengan sepenuhnya dan membiasakan diri didalam hutan.

Ketakutan yang disebabkan oleh tidak selesa juga boleh diatasi dengan cara yang sama. Mempelajari cara-cara membuat perlindungan dan pondok rehat dari bahan-bahan asli akan memastikan anda dapat tidur malam dengan selesa.

Ketakutan disebabkan kelemahan diri sendiri berpunca dari kurangnya keyakinan terhadap pengetahuan kita dan ianya lebih sukar diatasi dari kedua-dua jenis ketakutan diatas. Sebagai seorang Pengakap kita harus mengambil kesempatan untuk mempelajari apa sahaja yang boleh tentang alam sekitar kita terutamanya tentang hutan kita. Kita juga akan mempunyai keyakinan yang tak ternilai tentang diri kita jika kita cergas secara pisikal setiap masa. Adalah objektif kedua Pengakap untuk sentiasa berkaadan cergas dari segi kesihatan dan pisikal setiap masa. Kita juga mesti sentiasa memberitahu diri kita bahawa “ apa orang lain telah lakukan – saya juga boleh”

Semasa saya dalam tentera, saya sentiasa menasihati anggota-anggota saya tentang “KEBERANIAN”. Pada saya “keberanian itu adalah kemampuan melawani ketakutan. Tetapi orang yang tidak takut adalah orang bodoh dan tidak berakal”. Jika kita tidak takut dan berani membabi buta atas semua perkara, pasti kita akan membuat kesilapan. Perasaan ketakutan itu baik sebab ianya memberi ruang untuk kita fikir untuk mengatasinya dengan baik dan selamat.

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:

Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya.
Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan.
Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.
Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagatkita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain.
Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.

KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT)

Masa saya didalam tentera dulu, setiap kali saya masuk hutan atau menaiki pesawat terbang, saya sentiasa satu kotak atau bukusan kecil yang saya namakan Kit Ikhtiar hidup. Oleh yang demikian saya mencadangkan supaya setiap Pengakap harus membawa Kit Ikhtiar Hidup ini setiap kali membuat latihan di hutan. Kit ini sangat mudah hendak di buat dan benda-benda yang diperlukan adalah muruh untuk di perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Kit ini harus di ikat terus kepada tali pinggang dan di pakai setiap masa semasa dalam latihan hutan. Bawa dia dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai.

Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian makanan dan bahagian kegunaan am. Saya mencadangkan pengisian setiap Kit Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut:

Ubat-Ubatan

(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)

(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )

(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)

(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit

(v). 1 X Tiub krem luka

(vi). Flavin

(vii). 1 X Gulung pembalut luka.

( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastic yang berasingan)


Makanan.

(i). 1 X Peket Holicks talets

(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.

(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.


Barangan Kegunaan Am.

(i). 5 meter tali

(ii). 5 ela Tali pancing

(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (di masukan dalam kota mancis yang berisi mancis)

(iv). 1 X pemetik api.

(v). 1 X Batang lilin kecil

(vi). 1 X Kit penapisan air

(vii) 1 X Cermin Kecil

(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.

(ix). 1 X compass kecil

(x). 1 X gergaji dawai

(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek

(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/ balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api.


PERHUBUNGAN DENGAN ORANG ASLI

Apabila bertembung denga orang asli, kita haru berhati-hati. Sekiranya anda boleh berh ubung dengan mereka, maka peluang untuk anda terus hidup adalah cerah. Mereka boleh membantu anda dengan makanan, tempat berteduh, ubatan tempatan, petunjuk jalan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, anda mesti faham bahawa adapt mereka berbeza dari adat anda. Bagi Orang Asli yang hidup di pendalaman hutan, mereka mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang kehidupan di luar hutan. Pantang larang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka.

Berikut adalah perkara-perkara Yang Harus Di Buat dan Yang Tidak Harus dibuat dalam keadaan yan biasa apabila berhubung dengan orang asli. Terdapat 70,000 Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan pantang larang mereka adalah seperti berikut:

Yang Harus Di Buat

(i). Sentiasa membalas hadiah yang di beri.

(ii). Sentiasa becakap dengan cara bersahabat yang baik.

(iii). Sentiasa berhubung dengan Orang Asli melalui Ketua nya (Penghulu/Tok Batin)

(iv). Sentiasa beri upah sebaik saja kerja telah selesai di buat.

(v). Sentiasa minta izin jika hendak mengunakan sampan,rakit, pondok atau apa-apa barang kepunyaan Orang Asli.


Yang Tidak Harus Di Buat

Jangan ketawa atau memperolok – olokkan adat atau tabiat mereka walaupun ianya Nampak macam ganjil.

Jangan mengambil buah-buahan, atau apa-apa tanaman mereka tanpa izin.

Jangan tenong kepada kaum perempuan mereka atau pergi berdekatan tempat mereka mandi.

Jangan masuk dalam rumah mereka tanpa izin mereka terlebih dahulu.

Jangan menolak makanan yang di beri oleh orang Asli melainkan Agama anda tidak benarkannya.

Jangan munkir janji kerana Orang Asli mempunyai ingatan yang kuat dan perjanjian adalah penting.

Jangan menjerit atau hilang kesabaran dengan Orang Asli. Anda tidak akan dapat bantuan dari mereka. Kesemua Orang Asli itu akan meninggalkan anda dan menghilangkan diri.

Jangan sesekali sebut Orang Asli sebagai “Sakai”.

Jangan tanya nama seorang Orang Asli terus kepadanya. Sentiasa melalui pihak ketiga.

Jangan mengubati Orang Asli yang sakit sebelum menanya dia tentang Pantang nya. Jika dia ada patang, minta izin dari Tok Batin/Penghulunya terlebih dahulu.

Jangan mengunakan cermin muka ditepi sungai.

Jangan Buang air atau kencing di tiang rumah.

Jangan sentuh orang asli di kepala mereka.

Jangan sebut-sebut harimau dan gajah semasa berjalan dalam hutan dengan Orang Asli.

Jangan ketawakan rama-rama, cakcibau dan beberapa jenis serangga dan burung kerana orang asli percaya ianya akan akibat berlakunya ribu taufan yang buruk.

Banyak lagi pantang larang dari suku kaum ke suku kaum. Anda hendak lah sentiasa berwaspada dan cari apakah yang boleh dan tidak boleh di lakukan bersama mereka.

TENTANG MAKANAN

Berikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalan yang jauh tanpa mempunyai makan yang mencukupi. Biasanya dilam hutan Malaysia terdapat makanan dengan banyak sekali tetapi adalah penting dalam memilihnya. Jika anda hendak berikhtiar hidup, anda harus tidak boleh mengikut selera makan biasa tetapi harus terima sahaja makan dari segalajenis, rupa dan keadaan.

Kebanyakan makanan di dalam hutan agak ganjil dan harus dimakan dengan cara sedikit-sedikit buat beberapa hari yang pertama kerana ketidaksesuaiannya pada perut kita yang mungkin akan mengakibatkan cirit-berit dan muntah-muntah.

Makanan dari Haiwan

Semua makanan dari haiwan seperti burung-bururng dan telur nya, katak, ular, cicak, tikus, anak serangga, belalang, cengkerik, anai-anai dan juga kucing adalah hawain-haiwan yang boleh dimakan. Begitu juga beberapa jenia ikan dan siput air tawar dan masin termasuk ketam, udang galah, udang dan lain yang hidup dia air dan pantai boleh di makan.

Makanan dari Tumbuh-Tumbuhan

Di Hutan Malaysia, setiap 50 ela sekeliling terdapat makanan, ubatan dan racun dari tumbuh-tumbuhan yang hidup liar. Oleh yang demikian kita harus tahu mengenal tumbuh-tumbuhan ini dan sentiasa berhati-hati apabila memakan nya. Satu pentunjuk yang jelas adalah, jika moyet/kera/beruk boleh makan pasti manusia boleh memakannya, tetapi apa yang burung boleh makan tidak semesti manusia boleh makan. Walau bagimana pon untuk membuat permerhatian in agak susah kerana selalunya binatang di hutan akan lari dari bau manusia. Antara makanan dari tumbuhan adalah dari jenis ubi, bawang, daun, bunga, buah dan juga umbut.

Untuk hidup, seorang Pengakap harus tahu apakah tubuhan termasuk buahnya yang boleh di makan dan bagaimana untuk mencarinya. Anda juga perlu tahu bahawa benda yang boleh dimakan tidak semestinya sedap dan mudah di makan.

Ujian untuk memastikan samaada sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak.

Saya ingin menerangkan satu ujian yang mudah tanpa mengetahu nama atau mengenali jenis tumbuhan samaada ianya boleh di makan atau tidak. Ujian-ujian ini mugkin di rasakan tidak perlu dilakukan atau Nampak macam lucu. Tetapi sesiapa yang tidak mengikut salah satu dari peringkat yang ditetapikan, akan menerima risikonya dan mungkin akan menghadapi masaalah yang besar kemudian.

Saya nasihatkan anda menghafal peringkat-peringkat ujian ini, dan cubalah mengikut peringkat-peringkat yang akan saya terangkan dibawah ini. Ujian ini adalah ujian biasa untuk tumbuh-tumbuhan. Lakukan ujian berasingan bagi daunnya, ujian berasingan bagi ubi/akarnya, ujian untuk buahnya dan seterusnya.

Ujian Pertama – Cium

Ambil beberapa helai daun tumbuhan berkenaan, sentuh akannya dengan berhati-hati, dan pecah/hancurkannya dengan dua jari. Jika terdapat bau seperti buah badam atau buah peach (dalam bahas Ingeris dipanggil “peachy-almond smell”), ia mennujukkan dengan jelas daun tersebut mengandungi asid prussic yang sangat beracun. Untuk keselamatan adalah lebih baik membuangkannya sahaja kerana masih banyak tu
Mbuhan-tumbuhan yang lain masih ada.

Ujian Kedua – Kesan gatal/terbakar pada kulit

Sekiranya ujian pertama diatas Berjaya, mulalah dengan ujian kedua. Cara menjalankan ujian kedua ini adalah dengan menyapu perlahan-lahan atau gentilkan sedikit air/getah/lendir dari bahan yang hendak di uji di bahagian bawah diantara ketiak dan sikuai. Bagi tumbuhan yang mempunyi sedikit air/kelembaban, hancurkan dan lumatkannya dengan atau tanpa air sehingga ianya memjadi seperti lendir dan berair. Tunggu selama 3-5 minit. Sekiranya terdapat sebarang kemerahan atau alahan atau gatal atau rasa terbakar kepada kulit, adalah wajar tumbuhan itu di elakkan untuk sementara waktu tetapi hendaklah membuat catitan secara mental atau bertulis supaya tumbuhan tersebut boleh di uji semula pada masa akan datang jika perlu atau masa mengizinkan.

Ujian Ketiga – Kesan pada bibir, mulut dan lidah.

Jika tidak terdapat apa-apa keradangan/ gatal atau kemerahan pada kulit semasa ujian kedua diatas, teruskan ujian ketiga. Sekiranya belaku sebarang keradangan di rasai, hentikan terus ujian ini:

Letakkan sedikit bahan yang di uji tadi secara berhati-hati pada bibir. Tunggu 30-60 saat untuk melihat samaada belaku sebarang radangan kulit bibir.

Letakkan sedikit bahan yang di uji secara berhati-hati di antara gusi dan bibir/pipi. Jangan kena pada lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi.

Letakkan sedikit bahan ujian tadi secara berhati-hati di hujung lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi. Sekiranya tidak terdapat sebarang keradangan, dengan berhati-hati kulum bahan tadi dan mula kunyah perlahan-lahan tanpa menelannya.

Semasa menguyah, tunggu terhadap keasan-kesan berikut:

(1). Rasa pahit (menujukkan keracunan jenis alkaline)

(2). Rasa keradangan atau bengkak /pedih lidah atau tekak.

(3). Apa-apa tindakan yang tidak selesa yang lain

Anda perlu menilai dengan teliti dalam menentukan perbezaan diantara keradangan dan asid biasa atau rasa kelat. Contohnya getah buah mangga dan buah gajus mempunyai bahan asid yang kuat dan boleh membakarkan kulit tetapi masih boleh di makan. Melalui pengalaman sahaja membolehkan anda dapat membuat keputusan yang baik.


Ujian Keempat – Menelan.

Jika tidak terdapat apa-apa kesan radang atau reaksi yang tidak menyenangkan, ujian seterusnya ialah untuk makan jumlah yang sikit, kemudian tunggu untuk apa-apa reaksi.

Bahagian tubuhan yang hendak di uji seharusnya di rebus dahulu jika anda mempunyai peralatannya. Jika tiada peralatan, anda boleh guna batang buluh untuk rebus. Rebuslah tubuhan tersebut dengan air yang banyak, sehingga ia betul-betul masak. Simpan air rebusan untuk ujian yang berasingan. Dengan cara merebus akan menawarkan segala keracunan yang bahaya. Merebus juga boleh membuat sesuatu tumbuhan boleh dimakan jika ianya tidak boleh di makan secara mentah seperti ubi kayu atau umbut kelapa atau nibong.

Apabilah mana-mana bahagian tumbuhan telah di uji, rebus dan dibuktikan boleh di makan, uji semula cara mentah. Pastinya hasil ujian sebegini akan mendatangkan faedah.

Makan tumbuhan yang telah di rebus itu sesuap sahaja dan jika terpaksa makan mentah makan jumlah yang lebih sedikit sahaja.

Setelah makan sesuap tunggu selama empat jam dan perhatikan kepada kesan-kesan berikut:

Kesan melecur di mulut, lidah dan tekak.

Bersendawa secara berterusan

Pening dan muntah-muntah

Sakit perut dan kesan sakit-sakit badan.

Selepas beberapa jam, samaada terasa sakit memulas di bahagian bawah perut.

Semasa menuggu empat jam, adalah tidak wajar untuk makan atau minum benda-benda lain. Jika terdapat kesan-kesan sakit diatas, minum lah air suam atau panas seberapa banyak yang boleh. Dan cuba muntahkan dengan paksa.

Ujian Kelima – Makan untuk kenyang

Sekiranya tidak terdapat apa-apa reaksi dari ujian keempat, ulangi ujian tersebut dengan menambahkan kuantitinya setiap jangka masa , empat jam sebanyak lima atau enam kali. Jika bahan tumbuhan ini telah lulus ujian ini anda boleh lah memakan tumbuhan ini dengan kuantiti yang lebih.


Kesilapan dalam menguji

Sekiranya anda sakit perut disebabkan kesilapan menguji, cara yang paling mudah untuk melegakan diri adalah dengan cara meminum air suam atau panas dengan banyak dan tahan makan untuk beberapa jam.

Amaran

Perkara-perkara berikut hendaklah di ambil perhatian:

Jangan sekali-kali memendekkan ujian diatas. Ini adalah merbahaya.

Jangan anggap jika burung atau beberapa jenis haiwan boleh makan tumbuhan itu manusia pon boleh.

Belajar peraturan ujian makanan.

Jika was-was, jangan makan.

Ingat, apa monyet makan, anda boleh makan..

Sepertimana yang saya perkatakan dari mula tadi, ilmu ikhtiar hidup ini amat luas hanya. Tidak boleh diperlajari dari membaca sahaja. Ianya memerlukan latihan amali.

Sumber dari Mejar Bersara

Episod 7

Glove Hitch, Dopped Over A Post

clove hitch

figure of eight knot

overhand loop

overhand knot

Episod 6


2 Mac 2010

PRESENTAION PROPOSAL

Episod 5

2 Mac 2010

Presentation topik kepimpinan



pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.

Kepimpinan mempunyai berbagai definisi mengikut takrifan seseorang. Walaubagaimanapun, satu definisi umum dapat di simpulkan, iaitu:
"Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu dan kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat".
Sebagai seorang pemimpin, tugas anda ialah untuk mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan, seperti keperluan diri, kumpulan dan organisasi. Mengikut John Adair pula, tugas pemimpin ialah untuk mengimbangi antara keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu.
Pemimpin dikenali dengan berbagai istilah, misalnya ketua, kepala, pengetua, amir, imam dan sebagainya. Istilah lain bagi pengikut ialah orang bawahan, ahli-ahli, anggota-anggota, pekerja, staff atau kakitangan (dalam konteks pengurusan) dan sebagainya.
Definisi Kepimpinan
Di antara definisi-definisi yang diberi untuk istilah kepimpinan ialah:
"Aktiviti untuk mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objekti kumpulan dan organisasi."(Jaafar Muhammad).
"Pengaruh interpersonal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas" (Tannenbaum & Massarik).
"Satu usaha mempengaruhi individu untuk mengikut ke arah pencapaian matlamat yang sama". (Koontz & O'Donnell).
"Proses kepimpinan adalah bergantung kepada fungsi pemimpin, pengikut dan pembolehubah situasi." (Hersey & Blanchard).

Ciri-ciri Pemimpin
1.standard etika
2.moral yang tinggi,
3.sudi berkongsi risiko bersama,
4.mengutamakan kepentingan umum daripada diri sendiri,
5.menggunakan kuasa untuk menggerakkan individu atau kumpulan ke arah mencapai misi/visi, bukan untuk keuntungan diri
6.boleh memberi motivasi dan inspirasi kepada pengikutnya,
7.mempunyai minat yang mendalam,
8.optimistik dan komited,
9.boleh merangsangkan pengikut menjadi kreatif dan inovatif


Fungsi-fungsi kepimpinan

Kepimpinan adalah tanggungjawab. Menjadi pemimpin bererti memikul tanggungjawab yang memerlukan pelbagai kemahiran. Salah memimpin bermakna salah membuat keputusan, tidak menghiraukan pembangunan sumber dan meninggalkan legasi dalam keadaaan kucar-kacir.

Perbezaan peranan pemimpin boleh diperhatikan di sepanjang sejarah kehadiran manusia di dunia berbilion tahun yang lalu. Bermula dengan Nabi Adam A.S, umat manusia sentiasa hidup dengan memimpin dan dipimpin. Dalam proses kepimpinan ini, banyak perkara yang berlaku, menyentuh pelbagai watak, keputusan dan penilaian. Kehadiran pemimpin silih-berganti dalam berbagai-bagai bidang. Antaranya ialah birokratik, autokratik dan demokratik. Justeru, negara-negara yang wujud di dunia pada hari ini turut mewarisi jenis-jenis kepimpinan monarki, demokrasi berparlimen, demokrasi berpresiden, sosialis, komunis dan totalitarian.

Negara yang masih mengamalkan sistem kerajaan monarki semakin berkurangan kerana masyarakat dunia bertambah faham terhadap konsep monarki dalam kepimpinan moden. Namun begitu, institusi beraja masih kuat berpengaruh kerana kuasa utama terletak kepada raja atau sultan manakala ahli kerabat diraja biasanya memonopoli kuasa eksekutif. Ketua negara adalah warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan. Antara negara yang masih utuh menggunakan pemerintahan monarki ialah Arab Saudi dan Brunei.

Demokrasi berparlimen adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan doktrin pengasingan kuasa dan menggunakan slogan "kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat." Negara yang mengamalkan sistem ini mewakili sebuah parlimen yang mana wakilnya dipilih melalui pilihan raya. Ia juga mempunyai raja sebagai ketua negara yang menjadi simbolik. Antara negara yang mengguna pakai sistem pentadbiran jenis ini ialah Britain, Malaysia, Thailand, Nepal, Jepun, Sweden dan Norway.

Berbeza dengan demokrasi berparlimen, negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpresiden melantik seorang rakyat biasa sebagai presiden melalui pilihan raya atau proses pemilihan tertentu. Ada negara yang memperuntukkan kuasa penuh kepada presiden seperti Filipina, Indonesia dan Amerika Syarikat, sebaliknya ada negara yang menjadikan presiden sebagai kuasa simbolik dengan kuasa sebenar berada di tangan perdana menteri seperti Singapura dan India.

Pentadbiran jenis sosialis memihak kepada golongan miskin dan rakyat kelas bawahan. Di sini, kekayaan adalah milik kerajaan dan negara, bukannya individu. Dalam sistem sosialis, ia menyekat perkembangan pasaran bebas dan tidak banyak mengiktiraf keupayaan seseorang untuk melangkah jauh dalam usahanya. Kerajaan sosialis sering dikaitkan dengan revolusi seperti yang berlaku di Myanmar, Laos, Libya dan Algeria.

Kerajaan komunis yang masih wujud ketika ini ialah Korea Utara yang melaungkan slogan "sama rata, sama rasa." Negara lain ialah Cuba yang memiliknegarakan ekonomi. Bagaimanapun Cuba lebih terbuka dalam menjalin hubungan dengan negara luar berbanding Korea Utara. Pengaruh komunis telah terbatas dan akan dikenang sebagai masa yang sukar kerana memisahkan Jerman Timur dan Barat, Vietnam Utara dan Selatan serta Korea Utara dan Selatan.

Pentadbiran totalitarian sudah tidak wujud pada hari ini dalam erti kata sebenar kerana tokoh-tokoh seperti Adolf Hitler, Mossolini dan Stalin gagal menyebarkan ideologi mereka ke seluruh dunia. Konsep pemimpin ini ialah menghalalkan kekerasan bagi mempastikan ideologi berkenaan diluaskan. Dengan erti kata lain matlamat menghalalkan cara.

Episod 4

23 Feb 2010

Pada minggu ni, En. Muiz buat kelas teori. Seperti biasa, kelas diadakan bertempat di Pusat Akuatik UiTM Shah Alam. Pada minggu ni, En. Muiz mengajar kami berkaitan peta iaitu cara membaca serta cara penggunaan kompas dgn betul. Yela nak guna kompas bukan bloeh men letak atas meja jer, pastu korang trus follow arah, memang konfem sesat la jwbnye. Mula2 En. Muiz menerangkan ciri2 kompas yg telah rosak. First skali tgk kt kompas tu, kalau ada buih air maknenye kompas tu dh xblh dgunakn lagi. Buat hiasan jela. Cara mnggunakan kompas mudah saje, mula2 adalah dgn mletakknnya di atas tapak tangan KANAN bkn kiri. kemudian lihat bearing yg trdapat pd kompas trsebut. Setelah berpuas hati, maka perjalanan boleh dimulakan. Perkara yg perlu dielakkan semasa mnggunakn kompas adlah kompas trsbut perlu diletakkn berjauhan drpd besi atau magnet kerana ianya boleh mnggaggu prjalanan putaran jarom kompas trsebut. Elakkan juga kompas trsebut drpd jtuh ke lantai. Ini boleh mnyebabkan kompas trsebut hilang arah tujuan ataupn bengong ketika digunakn. Senang cerita, pndai guna pandai2 jaga. Berikut sedikit maklumat brkaitan peta.

Membaca peta.

Mmbace peta ialah mntafsir ap yg trgambr d ats peta kpd mklumat sbenar yg dwakilinya. Setiap lembar peta trbahagi kpd 2 kategori catatan. Prtama ialah catatan bagaimana peta hendak dbace. Catatan ini dgelar mklmat bingkai. Kedua ialah gambaran tentang muka bumi yg dwakili oleh peta itu sndiri. Kedua2 catatan uini dpisahkan oleh garisan yg mmbentuk sebuah bingkai 4 persegi. Catatan d luar bingkai dnamakn 'maklumat bingkai' dan trcatat di luar bingkai atas dan bawah tetapi tidak di kiri dan kanan. bahagian dalm bingkai merupan gmbaran muka bumi yg dwakili peta. Hmm..2jela. Nk detail korang cari sndiri la ye. Korang search ky intrnet kmfem jmpe,k..gud luck..





ni la contoh kompas bg sape2 yg xpenah tgk.